Monday, December 5, 2011

KATA SENDI NAMA

DI

Menerangkan tempat atau arah.

Contoh ayat: Kakanya bekerja di Putrajaya.

KE

Menerangkan tempat, arah, waktu dan masa.

Contoh ayat: Mereka akan ke Klang esok.

DARI

Menerangkan arah, tempat, waktu, atau masa .

Contoh ayat: Angin kencang bertiup dari selatan.

DARIPADA

Menerangkan punca bagi manusia, haiwan, benda, sumber dan perbezaan.

Contoh ayat: Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.

KEPADA

Menerangkan manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan

perubahan keadaan.

Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan sasaran yang merujuk tempat.

Contoh ayat : Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.

PADA

Menerangkan waktu dan tempat, orang, binatang dan benda.

Contoh ayat: Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.

BAGI

Menerangkan kegunaan sesuatu.

Contoh ayat: kereta itu bagi kegunaan pejabat sahaja.

DEMI

Menerangkan tujuan, unsur penegas dan makna urutan kumpulan.

Contoh ayat: Demi keselesaan rakyat,kerajaan menyediakan

pelbagai kemudahan awam.

TENTANG

Menerangkan perihal sesuatu, rujukan sesuata yang umum.

Contoh ayat: Mereka berbincang tentang masalah negara.

SEJAK

Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu atau masa.

Contoh ayat: Mazni sentiasa sugul sejak kematian ibunya.

SEPERTI

SEPERTI/BAGAI/UMPAMA/LAKSANA.

Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan

perbandingan.

Contoh ayat: Hatinya keras seperti batu.

AKAN

Menerangkan manusia atau haiwan.

Kata sendi nama “akan” didahului dengan kata adjektif.

Contoh ayat: Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu.

TERHADAP

Digunakan di hadapan kata nama sebagai penerang, perlakuan yang dikenakan ke atas

penyambut yang tentu iaitu manusia, haiwan atau benda.

Contoh ayat: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

OLEH

Hanya digunakan untuk membentuk ayat pasif.

Digunakan di hadapan kata nama sebab.

Contoh ayat: Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

HINGGA

Menerangkan masa, tempat atau waktu .

Contoh ayat: Pengawal itu berjaga hingga pagi.

ANTARA

Menerangkan arah. (jarak yang tidak mempunnyai ruang ).

Contoh ayat: Meraka berbincang antara adik-beradik.

UNTUK

Menerangkan kegunaan sesuatu dan bahagian yang diperuntukkan.

Contoh ayat : Rumah untuk perkerja –perkerja sedang dibina.

DENGAN

Membawa maksud berserta ,cara menggunakan dan pertandinganan.

Contoh ayat :Ani melukis potret itu dengan cat air .

DALAM

Menerangkan jarak lingkunggan yang tidak mempunnyai ruang .

Contoh ayat:Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.

SAMPAI

Digunakan untuk menerangkan masa atau waktu.

Contoh ayat: Anak-anaknya belajar sampai ke peringkat univesiti

No comments:

Post a Comment