Monday, December 5, 2011
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...
PENJODOH BILANGAN
- Benda yang bersaiz dan mempunyai bentuk.
1. BATANG
- Untuk benda-benda yang panjang.
2. BENTUK
- Untuk benda-benda yang berkeluk.
3. BIDANG
- Untuk benda-benda yang luas.
4. BUKU
- Untuk benda-benda yang berbongkah.
5. BUTIR
- Untuk benda-benda yang bulat atau kecil.
6. GENGGAM
- Benda yang bersaiz kecil butirannya dan dapat digenggam dengan tangan.
7. GULUNG
- Benda yang pangjang dan bergulung.
8. HELAI
- Untuk benda-benda yang lebar atau tipis.
9. KEPING
- Untuk benda-benda yang pipih atau tipis.
10. KETUL
- Benda yang berketul dan padat.
11. LEMBAR
- Benda yang panjang dan luas bidangnya.
12. PETAK
- Kawasan yang luas, rata dan berpetak.
13. PUCUK
- Untuk benda-benda yang halus dan tipis.
14. RAWAN
- Untuk benda-benda yang labuh dan bersirat.
15. URAT
- Untuk benda-benda yang halus dan panjang.
16. UTAS
- Untuk benda-benda yang panjang dan dapat digulung.
17. BERKAS
- Benda yang telahdiikat.
18. BUNGKUS
- Untuk benda-benda yang dibalut.
19. CARIK/CEBIS
- Untuk benda-benda yang dikoyakkan.
20. CUCUK
- Untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi.
21. HIRIS
- Untuk benda-benda yang dipotong nipis-nipis.
22. JEMPUT
- Benda yang dapat diambil dengan hujung jari.
23. KOTAK
- Untuk benda-benda yang diisi di dalam kotak.
24. POTONG
- Untuk benda-benda yang sudah dipotong.
25. BIJI
- Untuk benda-benda yang kecil.
26. SIKAT/SISIR
- Untuk pisang.
- Untuk benda benda bergugus.
28. TANGKAI
- Untuk benda benda yang bertangkai.
29. RUMPUN
- Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh berkumpul.
KATA SENDI NAMA
DI
Menerangkan tempat atau arah.
Contoh ayat: Kakanya bekerja di Putrajaya.
KE
Menerangkan tempat, arah, waktu dan masa.
Contoh ayat: Mereka akan ke Klang esok.
DARI
Menerangkan arah, tempat, waktu, atau masa .
Contoh ayat: Angin kencang bertiup dari selatan.
DARIPADA
Menerangkan punca bagi manusia, haiwan, benda, sumber dan perbezaan.
Contoh ayat: Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
KEPADA
Menerangkan manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan
perubahan keadaan.
Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan sasaran yang merujuk tempat.
Contoh ayat : Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.
PADA
Menerangkan waktu dan tempat, orang, binatang dan benda.
Contoh ayat: Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.
BAGI
Menerangkan kegunaan sesuatu.
Contoh ayat: kereta itu bagi kegunaan pejabat sahaja.
DEMI
Menerangkan tujuan, unsur penegas dan makna urutan kumpulan.
Contoh ayat: Demi keselesaan rakyat,kerajaan menyediakan
pelbagai kemudahan awam.
TENTANG
Menerangkan perihal sesuatu, rujukan sesuata yang umum.
Contoh ayat: Mereka berbincang tentang masalah negara.
SEJAK
Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu atau masa.
Contoh ayat: Mazni sentiasa sugul sejak kematian ibunya.
SEPERTI
SEPERTI/BAGAI/UMPAMA/LAKSANA.
Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan
perbandingan.
Contoh ayat: Hatinya keras seperti batu.
AKAN
Menerangkan manusia atau haiwan.
Kata sendi nama “akan” didahului dengan kata adjektif.
Contoh ayat: Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu.
TERHADAP
Digunakan di hadapan kata nama sebagai penerang, perlakuan yang dikenakan ke atas
penyambut yang tentu iaitu manusia, haiwan atau benda.
Contoh ayat: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.
OLEH
Hanya digunakan untuk membentuk ayat pasif.
Digunakan di hadapan kata nama sebab.
Contoh ayat: Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
HINGGA
Menerangkan masa, tempat atau waktu .
Contoh ayat: Pengawal itu berjaga hingga pagi.
ANTARA
Menerangkan arah. (jarak yang tidak mempunnyai ruang ).
Contoh ayat: Meraka berbincang antara adik-beradik.
UNTUK
Menerangkan kegunaan sesuatu dan bahagian yang diperuntukkan.
Contoh ayat : Rumah untuk perkerja –perkerja sedang dibina.
DENGAN
Membawa maksud berserta ,cara menggunakan dan pertandinganan.
Contoh ayat :Ani melukis potret itu dengan cat air .
DALAM
Menerangkan jarak lingkunggan yang tidak mempunnyai ruang .
Contoh ayat:Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.
SAMPAI
Digunakan untuk menerangkan masa atau waktu.
Contoh ayat: Anak-anaknya belajar sampai ke peringkat univesiti
KATA SERU
1. AMBOI
Menyatakan rasa kagum dan mengusik.
-Amboi, petahnya budak itu berkata-kata!
-Amboi, cantiknya baju kamu!
2. WAH
Menyatakan rasa kagum dan hairan.
-Wah, ramainya orang yang mengunjungi pesta itu?
-Wah, besarnya rumah Anita!
3. ADUH
Megatakan perasaan sakit.
-Aduh,sakitnya perutku!
-Aduh, peningnya kepalaku!
4. ADUHAI
Menyatakan perasaan sedih.
-Aduhai, berkecailah harapan aku selama ini!
-Aduhai, malangnya nasibku hari ini!
5. WAHAI
Menyatakan perasaan merayu.
-Wahai adikku,janganlah menangis!
-Wahai umat manusia bersatulah demi keamanan sejagat!
6.NAH
Menyatakan perasaan marah.
-Nah, ambil semula barang-barang kau ini!
-Nah, terimalah habuan engkau!
7.CIS
Menyatakan perasaan geram.
-Cis, bedebah kau Joned!
-Cis, jangan engkau jejak kaki di sini lagi!
8. CIH
Menyatakan perasaan mengejek.
-Cih, tak sedar diri betullah awak ini!
-Cih, jijik betul aku tengok muka kau!
9. SYABAS
Menyatakan perasaan gembira.
-Syabas, awak telah dinaikkan pangkat!
-Syabas, anda telah memenangi wang tunai satu juta ringgit Malaysia!
10. AH
Menyatakan rasa tidak setuju.
-Ah, aku tidak ingin berjalan bersamanya!
-Ah, jangan pedulikan masalah aku!
11. EH
Menyatakan perasan yang amat hairan dan terkejut
-Eh, dimana kau jumpah jam aku ini.
-Eh, bukankah kau sudah berpindah ke sabah!
12. OH
Menyatakan perasan kecewa.
-Oh, begini rupanya sikap awak ya!
-Oh, sanggup kamu melihat kami menderita!
13. HAI
Menyatakan keadaan menyapa.
-Hai, apa khabar!
-Hai, sudah lama kita tidak berjumpa!
KATA MAJMUK
- Berlaku apabila dua kata dasar [atau lebih ]dirangkaikan.
- Tidak boleh menerima sisipan.
JENIS KATA MAJMUK
1. RANGKAIAN KATA BEBAS
[CONTOH]
Guru besar
Kereta api
Rantai tangan
Rumah panjang
Jalan raya
Luar biasa
Kapal terbang
Kereta lembu
2. GELARAN
[CONTOH]
Raja muda
Duta besar
Perdana menteri
Penolong pendaftar
Ketua menteri
Setiausaha politik
Yang berhormat
Menteri besar
3. SIMPULAN BAHASA
[CONTOH]
Simpul mati
Pendek akal
Rabun ayam
Keras hati
Berat sebelah
Pilih kasih
Kaki bangku
Ringan tangan
4.ISTILAH KHUSUS BIDANG ILMIAH
[CONTOH]
Alat ganti
Batu arang
Kincir angin
Kuasa air
Analisis teks
Daya usaha
Garam galian
Minyak mentah
Timur laut
KATA TANYA
APA
- Untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat
1.Apakah benda di dalam kotak itu?
2.Apakah warna jalur gemilang?
3.Apakah makanan kegemaran awak?
MENGAPA
-Untuk menanyakan sebab
1.Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah?
2.Mengapakah anak-anak itu didera?
3.Mengapakah Syafikah menangis?
BILA
-Digunakan untuk menanyakan masa
1.Bilakah projek tersebut akan siap?
2.Bilakah pameran seni khat di muziumitu akan berakhir?
3.Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?
SIAPA
-Untuk menanyakan manusia
1.Siapakah yang terlibat dalam konspirasi itu?
2.Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
3.Siapakah nama ibu kamu?
BERAPA
-Menanyakan masa atau bilangan
1.Pukul berapakah pengantin lelaki akan sampai?
2.Berapakah jumlah pelajar di kelas Tahun Enam Bestari?
3.Berapakah harga sepasang kasut sukan itu?
BAGAIMANA
-Menanyakan keadaan atau cara
1.Bagaimanakah dia menjalani kehidupan tanpa tempat bergantung?
2.Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?
3.Bagaimana pelangi terjadi?
MANA
- Menanyakan tempat atau arah
1.Di manakah lombong bijih timah mula-mula dibuka di Tanah Melayu?
2.Di manakah rumah Ahmad?
3.Di manakah Jalan Abdul Rahman?
KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. Perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat ) | Kata kerja transitif | penyambut ( Objek ) |
Dia suka | membaca | buku |
Jamilah | memukul | seekor ular |
Abidin | menjual | kuih-muih |
Ramli | berjalan | ke sekolah |
Kereta itu | melanggar | seekor lembu |
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat ) | Kata kerja tak Transitif | keterangan |
Kami | mandi | di tasek itu. |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Saya | menyanyi | dengan kuat |
Hassan | berjalan | ke sekolah |
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.
Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan